Khamis, 18 April 2013

introduksi



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke Bicara Numerologi - Menyingkap Rahsia Di Sebalik Identiti. Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa dan anda tidaklah perlu berasa bimbang kerana ini bukanlah merupakan info berkenaan skim cepat kaya atau yang sealiran dengannya.

Saya telah bertekad untuk melakukan sesuatu yang lebih bermakna iaitu berkongsi info menerusi pengalaman dari hasil kajian yang telah saya lakukan hampir bertahun-tahun lamanya. Ia merupakan sesuatu yang menarik untuk mengetahui tentang rahsia diri. Dari kesedaran yang datang maka kemudian saya terfikir mengapa tidak berkongsinya bersama anda yang memiliki minat yang serupa.

Bicara Numerologi (Sains Pernomboran) ini merupakan informasi tentang rahsia diri di samping mengungkap serba sedikit akan rahsia orang lain yang ingin anda ketahui selangkah demi selangkah dengan cara yang seimbang. Yang paling istimewa, ianya hanyalah berkisar tentang ciri-ciri yang tersembunyi di sebalik personaliti di mana sebelumnya samada ianya disedari ataupun tidak.

Saya percaya adalah tidak mustahil bagi anda ingin mengetahui info ini dengan lebih lanjut lagi kerana bicara ini merupakan matlamat pertama untuk membantu anda melihat sejauh mana kekuatan dan kelemahan diri. Anda pasti kagum melihat sejauh mana anda mampu pergi dengan langkah dan gerakerja susulan yang bertepatan.

Ambil langkah pertama ke arah membentuk kejayaan kehidupan yang lebih bermakna bermula dari saat ini dan teruskan melayani blog ini yang tersedia dengan lebih banyak informasi yang menghiburkan dan membuatkan anda mungkin tidak percaya!

Akhir sekali, saya sangat teruja untuk berkongsikannya bersama anda. Teman anda dalam merentak masa hadapan.